ok. kali ini aku akan kongsi mengenai salah satu accessories yang selalunya orang akan pakaikan pada dslr mereka.


uv filter

credit to google

berdasarkan namanya yang tertera 'UV' dan 'Filter'. benda ni tujuan utamanya adalah untuk mengreducekan uv light yang akan diabsorbkan oleh slr terutamanya pada filem slr. kerana uv light ini boleh mengganggu contrast gambar dan akan mengganggu exposure kamera yang telah disetkan. paling ketara adalah apabila mengambil gambar dalam keadaan 'hazy' atau yang aku paham sebagai berjerebu. ini kerana sifat saintifik uv light yang wavelengthnya lebih kecil daripada visible light. so, manusia tak akan nampak uv light ni. tetapi dengan filem slr atau light sensitive film. uv light ini akan terpacul menganggu gambar yang diambil.

tetapi. efek uv light ini hanya terdapat pada filem slr. kerana digital slr atau dslr sekarang ni yang namanya pun digital sensors. so digital sensors ni amat sensitive kepada uv light so dia akan remove siap2 uv light supaya tak terpacul mengganggu gambar. maknanya dslr sekarang ni tak payah la nak sibuk2 pakai uv filter ni kan?

tidak juga. tujuan lain uv filter ni dipasang pada dslr adalah untuk melindungi lens. uv filter juga dinamakan sebagai protection filters. ini kerana lens amatlah sensitif. terutama bahagian depan lens. kebanyakan empunya dslr mewajibkan dslr mereka ada uv filter. kalau masa baru nak beli dslr pun. salesman tu akan suruh bubuh jugak uv filter ni.
(saja nak cekau duit lebih la tu. dah la bagitau masa nak bayar baru kena tambah uv filter. -_-)

dan. setiap benda tidak selalunya sempurna. kesan daripada uv filter ini adalah sebagai salah satu elemen optik yang mempunyai medium lain akan menyebabkan berlakunya flare dalam gambar. kadang2 jugak akan mengubah contrast sesuatu gambar. so. semasa nak membeli uv filter ni. pilihlah yang betul2 dan boleh harap. ada saja yang harganya bawah RM50. dan ada juga yang harganya lebih daripada RM 300. itu terpulang kepada si empunya dslr untuk memilih mana satu uv filter yang sesuai dengan dslr mereka sendiri. yang mahal tak semestinya elok dan yang murah tak semestinya kurenggg.

sebab tu ada jugak debat2 perdana di kalangan empunya-empunya dslr ni yang menyatakan  uv filter ni tidak sesuai kerana kualiti gambar tidak 100%. ok. kita main analogi ok.

situasi 1.
katakan anda ada lens dan memasang uv filter sebagai protection. tetapi kualiti gambar agak terganggu. lama2 pakai nanti mungkin nak jual. so. kerana jasa uv filter ni. lens anda masih lagi elok dan nak jual pun harga tidaklah jatuh banyak sangat.

situasi 2.
katakan anda ada lens dan tidak memasang uv filter sebagai protection. tapi kualiti gambar tidak terganggu langsung. lama2 pakai nanti mungkin nak jual. so. kerana ketiadaan jasa uv filter. lens anda mungkin tercalar ke ap ke pada bahagian hadapan lens dan nak jual pun harga jatuh merudum.

ok. mana satu pilihan majoriti?

ok. masih lagi dalam learning mode. =)

kali ini aku akan bercerita mengenai ISO speed. elemen ketiga yang penting dalam photography. tak banyak info sangat yang aku dapat mengenai ISO speed ni. tapi aku akan kongsi apa yang aku tahu je ok.

pernah tak pakai kamera dulu2? yang ada filem suma tu. kamera dulu2 pakai filem. and pada kamera yang berfilem tu. ada satu feature iaitu film speed. berbanding dengan kamera sekarang. mana ada nak pakai filem dah. haha. suma dah di'digitalized'kan. so ISO speed ini menggantikan film speed di mana ISO ini adalah sensor di dalam komponen sesebuah kamera.

ok. ISO speed ini mewakili the sensitivity of light. lagi tinggi nilai ISO lagi sensitive lah kamera tu terhadap light. dan sebaliknya. maknanya. kalaulah di tempat yang gelap contohnya dalam bilik yang tk berlampu tapi ada tingkap. suitable ISO speed maybe dlam 800 ke 1600. kalau di tempat yang cerah contohnya di taman permainan atau outdoor place yang mana dilimpahi dengan cahaya matahari yang cerah. suitable ISO speed adalah 100-200.

lagi gelap sesuatu tempat. sensitivity of light kamera tu perlulah tinggi. dan juga sebaliknya. ISO speed kalau lah nak dianalogikan. seperti retina pada biji mata kita. semua belajar bio kan? haha. paham sendiri. =p

ok. side effect ISO speed. semakin tinggi ISO speed ni actually semakin tak bagus. kalau boleh. semakin rendah ISO speed value ni semakin bagus. ini sebab. semakin tinggi nilai ISO speed semakin banyak noise yang akn diintroducekan ke dalam gambar. tahu noise? dia macam bintik2 berkaler2. haha.


credit to gimp
ok. seperti contoh kat atas ni. yang atas tu adalah gambar yang perfect. n di bawah adalah yang yang bernoise. (noise dalam gambar ni teruk sangat. selalu takdela sampai macam tu. sikit2 je daripada tu.)

paham? ok. tu yang akan jadik kalau ISO speed terlalu tinggi. apa akan jadi kalau ISO speed terlalu rendah? kelebihan ISO speed rendah ni adalah colour. colour akan menjadi lebih terang daripada apa yang aku paham.

untuk memanipulasikan ISO speed ni semasa menangkap gambar, perlulah ambil tahu amount cahaya di sekeliling. atau kalau nak senang. set je kepada AUTO. haha. tapi kalau nak lebih bebas atau lebih kreatif. manualkan lah ISO speed dan suka hatilah nak tangkap macam mana pun.

sampai sini saja ok. ketiga-tiga elemen penting aku dah huraikan. so. lepas ni. banyak2kan shoot ok. =)

ok. jom sambung sesi pembelajaran aku dalam memahami dslr. aperture. boleh bunyik 'ape tu', 'ape cer', 'ape tu re' dan macam2 lagi bunyi yang masing2 suka. aku bunyikkan 'aperture'. =p

haha. aperture juga salah satu elemen basic dalam photography.daripada apa yang aku paham. aperture ni mengawal focal length bagi sesebuah lens. focal length mengawal kedalaman sesuatu gambar. analoginya. aperture ni macam lubang cahaya.

sebelah kiri aperture rendah. sebelah kanan aperture tinggi.
credit to goldfries.
paham apa maksud aku? semakin tinggi nilai aperture, semakin sempit lubang lens tu akan terbukak dan sebaliknya. maka dengan lubang lens yang sempit, gambar itu boleh diambil dengan lebih dalam atau jauh. dengan lubang lens yang lebih luas, gambar itu hanya boleh diambil dengan kedalaman yang sikit atau dekat. haha. mesti susah nak paham. meh aku demo sikit.


ok. gambar atas adalah dengan aperture tinggi dan gambar bawah adalah aperture rendah. dengan aperture rendah. kedalaman gambar itu akan menjadi lebih cetek la sengan paham. maka. objek yang dekat akan difokus. dengan aperture tinggi, kedalaman gambar akan menjadi lebih dalam maka objek jauh akan menjadik fokus semuanya. 

sudah paham? ok. seperti shutter speed, aperture juga ada side effect.brightness. juga seperti shutter speed. ok. apabila aperture rendah, lubang lens akan terbuka luas. maka banyak cahaya yang akan masuk. kesannya gambar akan jadik terlebih terang. dan juga sebaliknya. untuk menstabilkan balik kemasukan cahaya itu, kita perlula alter dengan shutter speed dan juga ISO. inilah pentingnya kerjasama tiga beradik shutter speed, aperture dengan ISO. 

dah paham sikit2? aku pun mula2 susah nak paham pasal aperture ni. tapi bila dah 2-3 puluh kali try ok la. =D

nilai aperture berbeza mengikut lens. kalau nak cek. tengok kat depan lens tu. macam ni.
credit to dpreview
ok. macam lens kat atas ni. nilai aperture dia. 2-2.4 dengan 9.7-48.5. tapi kalau kit lens selalu 3.5-5.6 dan ke atas.

ok. setel bab ni. nanti aku sambung pasal ISO pulak ok.