ok. kali ini aku nak kongsi sikit pengetahuna aku yang serba tak banyak ni dalam bidang shooting ni. baru belajar la katakan. orang kata kalau kita share ilmu kita akan dapat kuasai ilmu tu lebih kan? =)

shutter speed. satu elemen penting yang teramat2 penting kalau nak pakai dslr. atau kamera2 yang seangkatan dengannya. tapi sebab aku pkai dslr aku ckp dslr la eh.


ini lah shutter. credit to goldfries.
shutter. tahu apa itu shutter? shutter adalah macam tingkap untuk sebijik kamera. macam rumah kan ada tingkap. kita buka tingkap, cahaya masuk la. macam kamera. shutter ni tingkap dia. bila bukak je cahaya masuk. bukak je cahaya masuk. ok. so. bila bercakap tentang shutter speed. bermakna kelajuan tingkap itu dibukak dan ditutup. so. kalau shutter speed slow. tingkap akan terbuka untuk satu masa yang agak lama. pada masa tersebut. cahaya akan masuk dengan banyaknya. n sebaliknya kalau shutter speed laju. tingkap akan terbuka hanya sekejap dan cahaya yang tertangkap mungkin sikit.

apa pentingnya shutter speed ni. ok. ada dua situasi. satu. kita pergi menonton F1. wah. (wah je lebih. tak pernah pergi pun. tiket mahal. contoh je ok.) sambil kereta F1 itu memecut laju. kita nak shoot gambar kereta. kenalah guna shutter speed yang laju sebab dengan shutter speed yang laju kita dapat freezekan benda yang bergerak. n akan dapat gambar yang clear walaupun kereta F1 itu bergerak laju.
ni masa tengah laju n gambar objek sungguh clear.
credit to google
kedua. pergi menonton F1 jugk. tapi kali ni kita nak tangkap gambar yang menunjukkan kereta F1 tu bergerak laju. gunalah shutter speed yang slow. sebab lagi lama shutter itu dibuka. lagi lama cahaya akan diambil so dapatlah macam kereta itu bergerak sangat laju. paham?
nampak macam laju kan? haha.
credit to google.
ok. shutter speed ni ada side effect dia. ad pros and cons. dengan shutter speed yang slow. kita dapat tangkap gambar yang efek dia terlebih sikit. disebabkan shutter speed yang slow jugak. banyak cahaya yang akan direkodkan. bermakna bringhtness akan melampau2 jadiknya. dengan shutter speed yang laju. kita dapat freezekan objek yang tengah bergerak. dan juga disebabkan shutter speed yang laju. hanya sikit sahaja amount cahaya yang akan ditangkap. bermakan gambar akan menjadi malap.

untuk mengatasi semua cons yang dinyatakan tadi. perlulah tahu pula aperture dan ISO speed. itu lain cerita. ok. lain kali aku sambung pasal aperture n ISO plak eh.

Categories:

Leave a Reply